Saturday 1 March 2014

Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Tujuan Ziarah

Assalamualaikum.. berikutan coretan yang lepas, alhamdulillah Allah temukan aq dgn panduan untuk wanita bermusafir tanpa mahram..renung-renungkan dan selamat beramal..



Huraian Tajuk/Isu: 

Apakah hukum seorang wanita bermusafir tanpa suami atau mahram untuk tujuan ziarah?
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Rabiulawal 1422 bersamaan 11 Jun 2001 telah membincangkan mengenai Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Tujuan Ziarah.
Alhamdulillah fatwanya:
Diharuskan musafir bagi wanita untuk tujuan ziarah tanpa suami atau mahram dengan syarat-syarat yang ketat dan disiplin-disiplin yang tertentu :-
1. Aman perjalanan dan terjamin keselamatannya.
2. Suami atau mahram tiada atau kedua-duanya uzur atau tidak dapat bersama disebabkan oleh sebab yang diharuskan syarak.
3. Telah mendapat keizinan suami atau mahram ( jika ada ).
4. Bersama dalam kenderaan yang menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, keretapi atau bas.
5. Bersama dengan kumpulan perempuan yang thiqah ( boleh dipercayai ) dan solihat.
6. Perjalanannya tidak menimbulkan fitnah dan keraguan.
7. Wanita tersebut dari golongan yang sudah berumur.
8. Tujuannya untuk ziarah mengeratkan silaturrahim, terutama yang ada hubungan nasab ( keturunan ) atau ziarah orang sakit atau memenuhi jemputan.
9. Perjalanannya ada mempunyai matlamat tertentu yang diharuskan oleh syarak, bukan untuk semata-mata melancong, berkelah atau dalam bentuk suka-suka sahaja.
10. Mempunyai perbelanjaan cukup untuk menunaikan ziarah iaitu pergi dan balik, juga mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk nafkah dan keperluann hidup selepas kembali dari ziarah tersebut.
11. Kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit kronik yang boleh menyusahkan dirinya dan orang lain bersamanya.
12. Dengan perhiasan yang sederhana.
13. Wanita yang hendak pergi itu mestilah dari golongan zat hishmah ( jati diri dan berakhlak mulia ).
14. Bukan dalam 'iddah kematian suami.
15. Undang-undang membenarkannya

+sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/ 

Dilema Wanita @ Muslimat

rumitnya menjadi wanita..
Di mata manusia..
bukan mengeluh..
terasa mahu mencoret rasa..

terkadang fitrah manusia untuk bebas..
bukan ku maksudkan bebas yang extreme itu..
hanya sekadar x terlalu terikat..hingga menyekat..
ku tahu dan sedar ia ditetapkan utk kemaslahatan wanita..
menjaga keselamatan wanita..kehormatan wanita..

namun, rasa terikat, rasa tersekat,
rasa seperti terkurung di penjara lutsinar ciptaan manusia..

jika ada yang mahu keluar berteman,
kau tuduh x berdikari..
bila dia mampu berdiri atas kaki sendiri,
kau kata dia melanggar perintah ilahi,
perlunya mereka keluar bersama mahram.

entah,
rumitnya menjadi wanita..
buatlah apa sahaja pasti ada yang mengata..

aku wanita berdikari,
yang tersepit antara diri dan perintah Ilahi..

melihat adab-adab musafir wanita islam..
indah, sememangnya..
ditetapka untuk menjaga keselamatannya..kehormatannya..
bg diri yang suka bersendiri..ke mana jua kaki melangkah pergi
ibarat sembilu mengguris hati..
memateri kaki dari terus melangkah..
ibarat burung yang patah sayapnya..